Soalan Lazim & Troubleshooting
Panduan penyelesaian masalah pantas sekiranya pelanggan menghadapi isu semasa sentuhan NFC atau imbasan kod QR.
Soalan Lazim & Troubleshooting
Berikut adalah jawapan dan langkah penyelesaian untuk soalan yang paling kerap ditanya oleh pelanggan dan juruwang.
S: Mengapa sesetengah telefon tidak mengesan NFC pada stand?
J:
- Lokasi Cip NFC Telefon:
- iPhone: Cip NFC terletak di bahagian paling atas telefon (berhampiran kamera belakang). Pastikan pelanggan menyentuh bahagian bucu atas telefon ke stand.
- Android (Samsung, Xiaomi, Oppo, dll): Cip NFC biasanya terletak di bahagian tengah belakang telefon. Pastikan fungsi NFC diaktifkan di menu Quick Settings telefon mereka.
- Sarung Telefon Tebal (Casing): Sarung telefon yang terlalu tebal atau mempunyai plat besi magnetik (untuk pemegang kereta) boleh menghalang isyarat NFC. Minta pelanggan buka casing atau sentuh bahagian bucu atas telefon.
- Alternatif Mudah: Jika masih tidak dapat mengesan, minta pelanggan imbas Kod QR Sandaran yang tertera di bahagian bawah Stand NFC!
S: Adakah pelanggan perlu memuat turun aplikasi daripada App Store / Google Play?
J: TIDAK PERLU sama sekali!
Inilah kelebihan terbesar Risev berbanding sistem kad kesetiaan lain. Apabila pelanggan menyentuh stand atau mengimbas QR, kad kesetiaan dibuka serta-merta di pelayar web telefon mereka (Safari / Chrome) dalam masa 2 saat sahaja.
S: Bolehkah juruwang meluluskan cop jika pemilik tiada di kedai?
J: YA!
Pemilik kedai boleh menjemput staf di menu Staff Management (/staff). Juruwang boleh log masuk ke aplikasi di tablet/telefon kedai dengan kebenaran terhad untuk meluluskan cop dan menebus hadiah tanpa boleh melihat data kewangan pemilik.
S: Apa maksud "500 Customer Database Capacity"?
J:
Setiap Stand NFC yang anda beli di TikTok Shop disertakan dengan kuota 500 pelanggan aktif percuma seumur hidup. Anda boleh mengumpul sehingga 500 nombor telefon pelanggan berbeza dan menguruskan cop mereka tanpa sebarang yuran bulanan. Jika perniagaan anda berkembang melebihi 500 pelanggan, anda boleh menaik taraf ke pelan Risev PRO untuk kuota tanpa had.
