RisevPusat Bantuan
Panduan Peniaga

Profil & Tetapan Kedai

Panduan mengurus maklumat perniagaan, mengemas kini profil, dan menukar mod akaun antara peniaga dan pelanggan.

Profil & Tetapan Kedai (Profile)

Skrin Profile & Settings adalah tempat anda mengurus maklumat kedai, memantau status langganan, dan beralih mod kepada akaun peribadi.


1. Kad Profil Perniagaan

Di bahagian atas skrin, anda akan melihat ringkasan identiti perniagaan anda:

  • Nama Kedai: (Contoh: shaiful amir's Shop)
  • Logo Kedai: Paparan logo semasa yang digunakan.
  • Status Langganan: Jika anda masih dalam percubaan, tag kuning akan muncul (contoh: TRIAL 7d left).
  • Butang Edit Profile: Tekan butang hitam ini untuk mengemas kini maklumat kedai anda (nama, kategori, dsb.).

Maklumat Awam Kedai (Public Info)

Di bawah kad profil, anda dapat menyemak maklumat yang disimpan dalam pangkalan data:

  • Business Email: (Contoh: shaiful123@gmail.com)
  • Phone Number: (Contoh: +60123456788)
  • Address: Alamat fizikal atau kod lot kedai anda (Contoh: 90). Maklumat ini digunakan dalam sistem.

(Nota: Untuk menukar maklumat di atas, tekan butang "Edit Profile")


2. Bertukar ke Mod Pelanggan (Personal Account)

Satu perkara unik mengenai Risev ialah satu akaun berfungsi sebagai peniaga DAN pelanggan (Dual-Mode).

Jika anda pergi ke kedai peniaga Risev lain, anda tidak perlu membuat akaun baru untuk menjadi pelanggan mereka.

  1. Tatal (scroll) ke bahagian bawah halaman Profil.
  2. Anda akan melihat kad kuning dengan tajuk "Personal Account?".
  3. Kad ini tertulis: "Switch back to customer console to view your loyalty cards and catalog rewards."
  4. Tekan butang hitam "Switch to Customer Mode →".
  5. Anda akan dibawa ke Papan Pemuka Pelanggan (Customer Console) di mana dompet Kad Kesetiaan (My Cards) peribadi anda disimpan.

(Untuk kembali ke mod peniaga, hanya tekan ikon Profil di sebelah bawah dan pilih "Switch to Merchant Mode").

On this page