Panduan Peniaga
Papan Pemuka (Dashboard)
Panduan lengkap mengenai skrin utama aplikasi peniaga Risev — memahami setiap metrik, status langganan, dan fungsi yang ada.
Papan Pemuka Peniaga (Home)
Papan Pemuka (Skrin Home) adalah skrin pertama yang anda lihat setelah beralih ke mod peniaga. Ia memberikan anda gambaran keseluruhan aktiviti kedai secara ringkas.
1. Kad Prestasi Utama (Kuning)
Di bahagian paling atas, terdapat kad berwarna kuning yang memaparkan pencapaian perniagaan anda:
- Total Stamps Awarded: Jumlah keseluruhan cop yang telah anda berikan kepada pelanggan setakat ini.
- Butang Kod QR (Ikon Petak): Tekan butang hitam dengan ikon QR di sebelah kanan untuk memaparkan Kod QR kedai anda (berguna jika pelanggan tidak boleh menggunakan NFC).
- This Month's Sales: Jumlah jualan (RM) yang direkodkan pada bulan ini, berbanding dengan Matlamat (Goal) jualan yang anda tetapkan (contoh: RM10,000).
2. Status Langganan & Percubaan
Di bawah kad prestasi, anda akan melihat kad status akaun anda. Jika anda baru bermula, ia akan menunjukkan status percubaan percuma:
- FREE TRIAL (7 days remaining): Memaklumkan baki hari percubaan percuma anda.
- You're on the Pro plan: Menunjukkan pelan aktif anda sekarang. Pelan Pro membuka fungsi seperti Unlimited stamps dan WhatsApp blast.
- Kupon Diskaun: Kadangkala terdapat kod promo (seperti
RISEV20untuk potongan RM20). - Butang "Upgrade": Tekan butang ini untuk membuat pembayaran dan melanggan secara rasmi sebelum tempoh percubaan tamat. Harga langganan (contoh: RM79/mo) turut dipaparkan.
3. Permintaan Cop Tertunda (Pending Stamp Requests)
Ini adalah bahagian paling penting semasa operasi kedai.
- Apabila pelanggan menekan (Tap) NFC Stand anda di kaunter, kad permintaan cop akan muncul di sini secara masa nyata (real-time).
- Semasa tiada pelanggan, ia akan memaparkan "Ready for Customer NFC Taps".
- Apabila permintaan masuk, tekan pada nama pelanggan tersebut, masukkan jumlah bil, dan sahkan pemberian cop.
4. Menu Navigasi Bawah
Di bahagian bawah skrin, terdapat menu utama (bar navigasi) untuk bergerak ke fungsi lain:
- Home (Rumah): Kembali ke papan pemuka ini.
- Customers (Pelanggan): Lihat analitik jualan, jumlah cop diedar, dan profil pelanggan.
- Butang Tengah Kuning (Imbas/Scan): Butang pintas (shortcut) untuk terus pergi ke fungsi Issue & Redeem (Beri Cop & Tebus Baucar).
- Marketing (Pemasaran): Buat promosi kempen dan hantar mesej (broadcast) WhatsApp.
- Profile (Profil): Edit profil kedai, tetapan langganan, dan beralih kembali ke mod pelanggan.
